IPOH,21 Januari 2020-Mesyuarat Khas Status Terkini Persatuan Skuasy Negeri Perak telah diadakan di Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Mesyuarat ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak yang telah dipengerusikan oleh YB Encik Howard Lee Chuan How selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak yang turut dihadiri oleh Dr. Wirdati binti Mohd Radzi Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan juga Presiden Persatuan Skuasy Malaysia, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Skuasy Perak(Baru) .
Ini juga adalah lawatan kali pertama Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada tahun ini bagi melihat isu-isu berkaitan badan sukan.
Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah, 22 januari 2020 - Mesyuarat Penyelarasan Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan mengikut Zon Sabah telah diadakan hari ini. Program ini akan diadakan pada 5 februari 2020 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Putatan. Pejabat Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah sebagai salah satu pemegang taruh turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut .
Kepada wanita yang berminat dan bergiat aktif dalam sukan adalah dialu-alukan menyertai program ini.
Gambar:Unit Grafik JBSN(P) Sabah
Petagas,21.1.2020 - Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Perang Petagas Peringkat Negeri Sabah 2020 telah diadakan pada hari ini yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya,Kota Kinabalu. YB Datuk Christina Liew,Timbalan Ketua Menteri Sabah,merangkap Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar telah menyempurnakan Majlis tersebut.Pejabat Pesuruhjaya Sukan turut dijemput hadir dalam majlis tersebut.
Gambar:Unit Grafik DBKK
disediakan oleh rosnani oyoh
Bilik Mesyuarat Kementerian Belia dan Sukan Sabah, 20 Januari 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kejohanan Le Tour De Langkawi (LTDL) Tahun 2020 Peringkat Negeri Sabah telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaannya di Negeri Sabah. Konsep acara 'Sports Tourism' ini amat berkesan untuk mempromosikan Malaysia dari segi pelancongan, pelaburan dan perdagangan antarabangsa kerana LTdL bersiaran dibeberapa siaran TV di luar negara. Ianya akan diadakan di Negeri Sabah iaitu di Kota Kinabalu, di dalam acara sampingan perlumbaan pada 6 Februari 2020 dengan penglibatan 22 pasukan termasuk 6 pasukan World Tour Pro Team, 15 pasukan Pro Kontinental dan Asia Tour Kontinental serta 1 pasukan kebangsaan. Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah merupakan salah satu agensi yang dijemput dalam mesyuarat ini.
disediakan oleh :rosnani oyoh
Tawaran Tender/Sebut Harga
-Tiada tawaran tender/sebut harga pada masa ini.
Tawaran Jawatan Kosong
-Tiada tawaran jawatan kosong pada masa ini.