Likas ,20/1/2020-Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Phoong Jin Zhe telah menyampaikan amanat kepada semua pegawai Belia dan Sukan Sabah di Negeri Sabah.Pegawai dan kakitangan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah turut dijemput hadir di majlis tersebut.
YB Phoong Jin Zhe, Menteri Belia Dan Sukan Sabah berkongsi tentang hasrat, aspirasi dan perancangan Kementerian Belia Dan Sukan Sabah untuk tahun 2020.
Harapan beliau semoga semua pihak memberikan kerjasama dan komited terbaik demi mencapai semua hasrat dan halatuju yang telah ditetapkan.
Gambar : Unit Grafik KBSS
disediakan oleh Rosnani Oyoh
SIBU,25 Oktober 2019-Mesyuarat Pengurusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Hotel Paramount,Sibu,Sarawak.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr. Wirdati binti Mohd Radzi Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan merupakan mesyuarat pengurusan yang pertama kali diadakan bersama Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah dan Sarawak.
Objektif mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan pentadbiran di pejabat pesuruhjaya sukan termasuk Rantau Sabah dan Sarawak.
Semoga mesyuarat ini dapat memberi impak yang positif terhadap urus tadbir dan pembangunan sukan negara.
Program Jom Pantau Badan Sukan 3.0 Peringkat Zon Timur
Tarikh : 19 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Hotel Grand Continental Kuala Terengganu
Jalan Sultan Zainal Abidin
Daerah 8, 20000 Kuala Terengganu
Terengganu
Untuk makluman tuan/puan Program Jom Pantau Badan Sukan ini merupakan platform bagi memantau permasalahan urus tadbir Badan Sukan serta meningkatkan pemahaman Badan Sukan kepada pematuhan Pekeliling Pesuruhjaya Sukan dan Akta Pembangunan Sukan (APS A1570) pindaan 2018. Justeru, dua (2) orang wakil setiap Badan Sukan iaitu Presiden dan Setiausaha adalah dijemput hadir.
Tempat Terhad!!! Percuma!!! Tiada bayaran dikenakan…
Bagi memastikan kelancaran urusan penyelarasan program, tuan/puan dikehendaki mengesahkan kehadiran sebelum 15 Oktober 2019.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan bolehlah menghubungi Puan Logasundariy A/P Nagarajoo di talian 03-8999 7972, E-emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Puan Siti Nor Akmal binti Mat Taib di talian 03-8999 7973, E-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
SERI PETALING,8 Oktober 2019-Mesyuarat PJS bersama pegawai dan kakitangan Bil.6/2018 telah diadakan pada 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya.Mesyuarat ini dipengerusikan buat pertama kali oleh Dr. Wirdati binti Mohd Radzi dengan menyampaikan hasrat dan amanat pertama beliau.
PJS juga telah menyampaikan sumbangan mewakili Kelab Pejabat Pesuruhjaya Sukan kemalangan kepada Puan Nurdiana binti Abd Sani dan sumbangan sempena kelahiran cahayamata kepada En Lukmanulhakim bin Othman.Seterusnya penyampaian cenderahati sempena kenaikan pangkat En Syafizi bin Deris ke IKTBN Dusun Tua.
Selamat bertugas kepada Dr. Wirdati binti Mohd Radzi bersama Warga PPS.
Tawaran Tender/Sebut Harga
-Tiada tawaran tender/sebut harga pada masa ini.
Tawaran Jawatan Kosong
-Tiada tawaran jawatan kosong pada masa ini.