INFO/HEBAHAN
PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (PCKBS) telah diberi tanggugjawab untuk membantu NADMA MALAYSIA, Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan Projek Clothing Bank For Disaster Relief (CB4DR). Tujuan projek ini adalah untuk memupuk budaya pengurusan risiko bencana di semua peringkat pentadbiran dan masyarakat.
Biro Alam Bina Lestari (PCKBS) yang diterajui oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) turut sama terlibat secara langsung dan diberi tugas bagi membantu mengumpul pakaian yang diperlukan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam.
Oleh itu, PCKBS ingin menjemput tuan/puan untuk bersama-sama menjayakan program ini dengan memberi sumbangan seperti :
1)Seluar Panjang / Track
- Pakaian yang sesuai untuk kegunaan harian
(ringan, sederhana, tidak keterlaluan).
- Pakaian baru atau yang masih dalam keadaan
baik (tidak koyak atau lusuh).
- Pakaian tidak mempunyai sebarang ilustrasi
atau teks yang boleh menyentuh sensitiviti politik, agama, bangsa atau berunsur lucah.
- Pakaian yang bersifat unisex adalah digalakkan.
- Pakaian telah dicuci, digosok dan dilipat rapi.
2)T-Shirt Lengan Panjang / Pendek
3)Skirt panjang
4)Pakaian bayi / kanak-kanak
5)Tudung Sarung
6)Telekung
Bagi melancarkan pengumpulan pakaian ini tuan/puan boleh memberi sumbangan tersebut ke pusat pengumpulan pakaian yang akan dibuka mulai 7 Oktober 2019 sehingga 14 Oktober 2019. Sila berhubung dengan Puan Nurdiana (PPS) – 016-9729423 dan Puan Fitri Ani (PSM) – 019-3576879 untuk maklumat lanjut mengenai pusat pengumpulan mengikut Jabatan/Agensi masing-masing.
Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada semua
Sekian, terima kasih.
Ucapan Tahniah dan Selamat Datang kami ucapkan kepada Dr Wirdati binti Mohd Radzi di atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Selamat Maju Jaya dan Selamat Bertugas
Program ini bertemakan "Sehari Bersama Rakyat,Menyediakan 1001 Perkhidmatan" dan akan diadakan pada 5 October 2019 bertempat di kesemua Kementerian/Agensi Kerajaan(termasuklah sektor swasta) yang berada dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Kami Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia juga akan turut serta di dalam menjayakan program ini dengan memberikan khidmat nasihat kepada penggiat sukan dan badan sukan.Kami juga menyediakan beberapa perkhidmatan bagi badan sukan khususnya.Antaranya ialah permohonan pendaftaran badan sukan melalui Sistem eROSA,semakan status badan sukan dan juga badan sukan juga boleh menghantar terus MYKB pada hari tersebut di Lobi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Semoga program ini dapat memberi impak yang besar di dalam mencapai objektif POD di dalam memberi khidmat secara terus kepada semua yang memerlukan perkhidmatan kami.
Jumpa kami di sana!
Tawaran Tender/Sebut Harga
-Tiada tawaran tender/sebut harga pada masa ini.
Tawaran Jawatan Kosong
-Tiada tawaran jawatan kosong pada masa ini.