HARI BERTEMU PELANGGAN PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN PERINGKAT NEGERI MELAKA

Ayuh sertai kami di program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) bersama Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi peringkat Negeri Melaka pada 18 Jun 2022 bertempat di The Straits Room, Hotel Lacrista, Melaka.

Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PJS seperti semakan pendaftaran badan sukan, pelesenan dan penganjuran, Maklumat Yang Kena Beri (MYKB), Mesyuarat Agung Tahunan, pentadbiran sistem eROSA dan pelbagai khidmat nasihat berkaitan tadbir urus badan sukan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu secara terus dengan pihak PJS dan jumpa kami di sana!

Klik https://tinyurl.com/hbpmelaka atau imbas QR code yang disertakan untuk pendaftaran.

#TeamKBS
#TeamPJS
#HariBertemuPelanggan
#KeluargaMalaysia