LAWATAN WAF

Pada 2 Jun 2014, satu lawatan daripada Persekutuan Gusti Lengan Dunia (WAF) ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) telah diadakan di mana Presiden WAF, Assen Hadjitodorov bersama Mircea Simionescu-Simicel selaku Setiausaha Kehormat telah bertemu dengan Pesuruhjaya Sukan. Lawatan ini diadakan bagi membincangkan berkenaan perkembangan sukan lengan di Malaysia dan kejohanan sukan lengan antarabangsa yang ingin dianjurkan oleh syarikat Lantera Global Sdn. Bhd.