PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN BERSAMA PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) akan melaksanakan Program Hari Bertemu Pelanggan bermula pada 15 Oktober sehingga 6 November 2021 di enam (6) zon yang terpilih. Pelbagai perkhidmatan akan disediakan melibatkan khidmat nasihat dan perkara-perkara yang berkaitan tadbir urus badan sukan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu secara terus dengan pihak PJS. Jumpa anda di sana dan pastikan pematuhan terhadap SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak Covid-19!

#TeamPJS
#TeamKBS
#TowardsSportingNation
#HSN2021
#KeluargaMalaysia