BUKIT JALIL,15 Mac 2021-Sesi Dialog Pesuruhjaya Sukan bersama Badan Sukan Kebangsaan diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Seminar PPS. Sesi ini adalah kesinambungan daripada Program Libat Urus Badan Sukan Kebangsaan Tahun 2020 yang lalu berkenaan Seksyen 23 dan 24 Akta Pembangunan Sukan 1997.
Ia bertujuan memberi pencerahan dan kefahaman berkaitan Sekyen 23 dan 24 secara menyeluruh kepada badan sukan berkaitan.
Sesi pada hari ini disampaikan oleh Tuan Ibrahim bin Mohd Yusof Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan diiringi oleh En Arrifin bin Mohd Ghani Timbalan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
YB Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi selaku Presiden Menembak Para Malaysia turut hadir bersama dengan 13 buah badan sukan dijemput pada hari ini yang melibatkan badan sukan peringkat kebangsaan.
Program pada hari ini berjaya mencapai matlamatnya dengan kehadiran badan sukan di dalam sesi dialog ini.