PIAGAM PELANGGAN
- Memberi keputusan bagi permohonan:
- Pendaftaran badan sukan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penghantaran dokumen yang lengkap;
- Pindaan perlembagaan badan sukan dalam tempoh empat belas (14) hari;
- Lesen dan penganjuran acara sukan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penghantaran dokumen yang lengkap; dan
- Carian maklumat dalam tempoh satu (1) hari
- Mengambil tindakan terhadap aduan diterima dan membuat siasatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari.
- Pelaksanaan piagam pelanggan adalah tertakluk kepada permohonan yang lengkap dan dalam tempoh waktu bekerja serta memenuhi kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997 dan peraturan-peraturan yang berkaitan.