Program Naziran Pemantapan Badan Sukan Peringkat Negeri Kedah

Pada 27 April 2010, Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah mengadakan Program Naziran Pemantapan Badan Sukan Peringkat Negeri Kedah bertempat di Hotel Sentosa Regency, Alor Setar, Kedah. Seramai 72 orang daripada 36 buah persatuan telah menghadiri program ini. Objektif program ini bertujuan untuk menilai serta meningkatkan kefahaman peserta mengenai konsep pengurusan badan sukan (Good Governance) supaya sesebuah badan sukan itu dapat ditadbir urus mengikut perlembagaannya.




