PERUTUSAN

 

dato

AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997

Seksyen 25

(1) apabila pendaftaran mana-mana badan sukan dibatalkan atau digantung di bawah Akta ini, maka peruntukan yang berikut adalah terpakai:

(a)badan sukan itu tidak boleh menganjurkan,menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktiviti, termasuk pertandingan, acara atau forum yang sedang berlangsung bagi mana-mana sukan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b)badan sukan itu tidak boleh menerima atau terus menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan, Majlis Sukan Negara atau mana-mana badan berkanun;

(c)badan sukan itu tidak boleh menjadi anggota mana-mana badan atau organisasi yang bertindak sebagai atau berupa bertindak sebagai badan pengelola mana-mana sukan di Malaysia atau mewakili atau berupa mewakili peserta mana-mana sukan di Malaysia;

(d)badan sukan itu tidak boleh menggunakan ungkapan ”Malaysia” bagi mana-mana aktivitinya, atau apa-apa bentuk huruf atau tanda yang menunjukkan bahawa aktivitinya adalah dijalankan untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia; dan

(e)badan sukan itu tidak boleh menganjurkan, menyertai atau menghantar peserta ke mana-mana pertandingan atau acara sukan dengan menunjukkan bahawa usahanya itu adalah untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia, di dalam atau di luar Malaysia.

 

(2) Mana-mana pemegang jawatan yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima  ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit sehari bagi setiap hari yang kesalahan itu diteruskan.

 

:: SENARAI BADAN SUKAN YANG TELAH DIBATALKAN PENDAFTARAN ::

                             TAHUN 2004

                             TAHUN 2005

                             TAHUN 2009

                             TAHUN 2010

                             TAHUN 2011


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

APLIKASI ATAS TALIAN

MAKLUMAN

newMajlis Bicara Minda Bersama Y.Bhg Tun Dr.Mahathir Mohammad pada 24 Feb 2012 jam 8.00 pagi - 1.00 petang di Dewan Tun Dr.Ismail, PWTC KL
***********************************

newPEJABAT PESURUHJAYA SUKAN CAWANGAN NEGERI SARAWAK TELAH BERPINDAH LOKASI DI PUSAT KECEMERLANGAN AKUATIK, JALAN TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE, KUCHING, SARAWAK
***********************************

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak menerima wang tunai atau cek atas nama individu bagi pembayaran Proses Pendaftaran Badan Sukan
***********************************
Badan Sukan adalah digalakkan untuk membuat permohonan pendaftaran badan sukan secara atas talian menggunakan Sistem Pendaftaran Badan Sukan (ROSA) bagi memudahkan dan mempercepatkan proses kelulusan pendaftaran
***********************************

PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini347
mod_vvisit_counterBulan Ini15450
mod_vvisit_counterKeseluruhan682194

Today: Feb 23, 2012
Visitors Counter


kbs mygovernment msn isn stadium ippbpm ros rakan muda roy mampu msc

Paparan Terbaik | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2011 Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia
Aras 3, Pusat Akuatik Nasional
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57700 Sri Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 Fax: 03-8994 4810
Tarikh Kemaskini : 21 Februari 2012
Email : pps@kbs.gov.my