|
Sejarah Penubuhan Pejabat Pesuruhjaya Sukan |
|
|

|
|
Pada 11 April 1996, Y.A.B. Dato Seri Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, semasa merasmikan Konvensyen Sukan Kebangsaan telah mencadangkan supaya sebuah akta sukan digubal agar semua pihak yang terlibat dalam bidang sukan faham akan peranan masing-masing dan melaksanakannya mengikut apa yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
Jemaah Menteri pada 7 Mei 1997 telah meluluskan Rang Undang-Undang untuk dibawa ke Parlimen. Akta ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998.
Keperluan terhadap Akta ini dicetuskan berikutan kemerosotan prestasi sukan di arena antarabangsa walaupun kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar. Kemerosotan ini adalah akibat daripada kegagalan persatuan-persatuan sukan untuk membentuk atlit-atlit yang berwibawa dan berdaya saing. Oleh kerana itu, akta ini digubal dengan tujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan diatas selain daripada menjadikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang dalam bidang sukan.
Berikutan dengan itu Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1998 bagi mentadbir Akta Pembangunan Sukan 1997.
|
|