|
Perutusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia |
 |
|
UCAPAN Y.BHG. DATO' MOHD YASIN BIN MOHD SALLEH
PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA
|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke portalrasmi Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS)
Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) adalah sebuah agensi yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Pejabat ini telah mula beroperasi pada 1 Januari 1998. Aktiviti utama pejabat ini adalah untuk mendaftar badan-badan sukan dan pada masa yang sama menyediakan maklumat-maklumat mengenai semua badan yang berdaftar dengannya.
Sebagai sebuah agensi yang mentadbir Akta Pembangunan Sukan 1997, Pejabat ini dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap badan sukan mematuhi prinsip-prinsip tadbir urus yang baik selaras dengan peruntukan dalam perlembagaan masing-masing, melalui aktiviti-aktiviti naziran dan pengawasan yang komprehensif, demi untuk menjamin pencapaian pembangunan positif dalam sukan negara.
Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan sistem penyampaian yang berkesan, portal ini sentiasa sedia menerima idea dan pandangan dari para pengunjung bagi meningkatkan serta memperbaiki lagi perkhidmatan yang disediakan.
Terima kasih kerana mengunjungi portal rasmi Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Sekian.
|
|