PERUTUSAN

 

dato

Soalan Lazim 1
Indeks Artikel
Soalan Lazim 1
Soalan Lazim 2
Soalan Lazim 3
Soalan Lazim 4
Soalan Lazim 5
soalan lazim 6
Soalan Lazim 7
Soalan Lazim 8
Soalan Lazim 9
Soalan Lazim 10
Soalan Lazim 11
Soalan Lazim 12
Semua Halaman
1.
Saya bercadang untuk mendaftarkan badan sukan di PPS. Apa yang perlu saya lakukan? 

 

Terdapat 2 kaedah permohonan pendaftaran badan sukan yang boleh digunakan:

Kaedah 1

Pendaftaran badan sukan secara atas talian (online) iaitu melalui Sistem Pendaftaran Badan Sukan (ROSA). Pautan ke ROSA boleh didapati di halaman utama portal rasmi Pejabat Pesuruhjaya Sukan atau terus ke https://interaktif.kbs.gov.my/ROSAC.

 

Bagi kaedah ini, pemohon perlu:

a) Memuatnaik semua dokumen (logo, salinan minit mesyuarat, perlembagaan, surat sokongan badan induk ke dalam sistem)

b) Memasukkan No Wang Pos beserta jumlah ke dalam menu yang disediakan DAN menghantar Wang Pos tersebut ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan. (dibahagian belakang Wang Pos ditulis nama badan sukan serta no untuk dihubungi)

Kaedah 2

Dapatkan borang permohonan (Borang 1) daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan atau muat turun borang itu daripada laman web di : http://pps.kbs.gov.my/ di bawah menu Muatturun.

Bagi kaedah ini, pemohon perlu:

 

a) Menghantar permohonan melalui Borang 1 bersama-sama dokumen berikut:

i.  Wang Pos / kiriman wang RM50.00

ii. 2 salinan minit mesyuarat penaja

iii. 2 salinan perlembagaan badan sukan

iv. 2 salinan senarai pemegang jawatan

v. 2 salinan logo (jika ada)

vi. Surat sokongan Badan Induk

Bagi kedua-dua kaedah, pemohon perlu :

a) Mengenalpasti jenis sukan yang hendak didaftar dan jenis sukan hendaklah mengikut sepertimana dalam senarai di Jadual Pertama APS 1997

b) Menentukan peringkat badan sukan yang hendak ditubuhkan. Contoh Kebangsaan, Negeri, Daerah atau Kelab

c) Mewujudkan jawatankuasa penaja (protem committee) dan mengadakan mesyuarat penubuhan. Perkara-perkara yang perlu diputuskan dalam mesyuarat penaja seperti berikut:

i. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja

ii. Persetujuan bagi menubuhkan badan sukan dan penetapan alamat berdaftar

iii. Membentang dan meluluskan Perlembagaan

 



 

APLIKASI ATAS TALIAN

MAKLUMAN

newMajlis Bicara Minda Bersama Y.Bhg Tun Dr.Mahathir Mohammad pada 24 Feb 2012 jam 8.00 pagi - 1.00 petang di Dewan Tun Dr.Ismail, PWTC KL
***********************************

newPEJABAT PESURUHJAYA SUKAN CAWANGAN NEGERI SARAWAK TELAH BERPINDAH LOKASI DI PUSAT KECEMERLANGAN AKUATIK, JALAN TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE, KUCHING, SARAWAK
***********************************

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak menerima wang tunai atau cek atas nama individu bagi pembayaran Proses Pendaftaran Badan Sukan
***********************************
Badan Sukan adalah digalakkan untuk membuat permohonan pendaftaran badan sukan secara atas talian menggunakan Sistem Pendaftaran Badan Sukan (ROSA) bagi memudahkan dan mempercepatkan proses kelulusan pendaftaran
***********************************

PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini344
mod_vvisit_counterBulan Ini15447
mod_vvisit_counterKeseluruhan682191

Today: Feb 23, 2012
Visitors Counter


kbs mygovernment msn isn stadium ippbpm ros rakan muda roy mampu msc

Paparan Terbaik | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2011 Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia
Aras 3, Pusat Akuatik Nasional
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57700 Sri Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 Fax: 03-8994 4810
Tarikh Kemaskini : 21 Februari 2012
Email : pps@kbs.gov.my