Indeks Artikel
Soalan Lazim 1
Soalan Lazim 2
Soalan Lazim 3
Soalan Lazim 4
Soalan Lazim 5
Soalan Lazim 6
Soalan Lazim 7
Soalan Lazim 8
Soalan Lazim 9
Soalan Lazim 10
Soalan Lazim 11
Soalan Lazim 12
Soalan Lazim 13
Semua Halaman

 

 

1.   Saya bercadang untuk mendaftarkan badan sukan di PPS. Apa yang perlu saya lakukan?                 

      Langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

a)    Dapatkan borang permohonan (Borang 1) daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan atau muat turun borang  itu daripada laman web di : http://pps.kbs.gov.my/

b)  Kenalpasti jenis sukan yang hendak didaftar dan jenis sukan hendaklah mengikut sepertimana dalam senarai di Jadual Pertama APS 1997

c)  Tentukan peringkat badan sukan yang hendak ditubuhkan. Contoh Kebangsaan, Negeri, Daerah atau Kelab

d)  Wujudkan jawatankuasa penaja (protem committee) dan mengadakan mesyuarat penubuhan.  Perkara-perkara yang perlu diputuskan dalam mesyuarat penaja seperti berikut:                                                         

i.   Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja                                                       

ii.  Persetujuan bagi menubuhkan badan sukan dan penetapan alamat berdaftar                                                  

iii. Membentang dan meluluskan Perlembagaan

 

  e)   Menghantar permohonan melalui Borang 1 bersama-sama dokumen berikut:

i.   Wang Pos / kiriman wang RM50.00     

ii.  2 salinan minit mesyuarat penaja                                                     

iii. 2 salinan perlembagaan badan sukan                                                       

iv. 2 salinan senarai pemegang jawatan                                                         

 v. 2 salinan logo (jika ada)                                                       

vi. Surat sokongan Badan Induk