27 Jun - Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah mengadakan Program Naziran Dan Pemantauan Badan Sukan 2015 Peringkat Negeri Melaka pada 27 Jun 2015 yang lalu, bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Ayer Keroh, Melaka. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memantau perjalanan pentadbiran termasuk rekod penghantaran dokumen Maklumat Yang Kena Beri (MYKB), fail dan kewangan semua badan sukan di peringkat negeri.
Program ini telah dihadiri oleh 41 badan sukan yang terdiri daripada badan sukan di peringkat Kelab, Daerah dan Negeri.
Tuan Hj. Khairul Shahril bin Shahbudin selaku Penolong Pesuruhjaya Sukan Kanan telah memberikan taklimat sebelum proses naziran dilaksanakan terhadap badan sukan.
29 Jun - Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah mengadakan Program Naziran Dan Pemantauan Badan Sukan 2015 Peringkat Negeri Sembilan pada 28 Jun 2015 yang lalu, bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi Negeri Sembilan. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memantau perjalanan pentadbiran termasuk rekod penghantaran dokumen Maklumat Yang Kena Beri (MYKB), fail dan kewangan semua badan sukan di peringkat negeri.
Program ini telah dihadiri oleh 45 badan sukan yang terdiri daripada badan sukan di peringkat Kelab, Daerah dan Negeri.
Tuan Hj. Mohd Saleh bin Hj. Mohd Ghazali selaku Timbalan Pesuruhjaya Sukan telah memberikan taklimat sebelum proses naziran dilaksanakan terhadap badan sukan.
Tawaran Tender/Sebut Harga
-Tiada tawaran tender/sebut harga pada masa ini.
Tawaran Jawatan Kosong
-Tiada tawaran jawatan kosong pada masa ini.