IMG 3646


Kuala Lumpur Regional Centre For Arbitration (KLRCA) dan Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah menganjurkan satu forum yang bertajuk KLRCA & OCM Talk Series – Sports Arbitration In Malaysia : The Way Forward. Forum ini disertai oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada wakil badan-badan sukan, pegawai sukan, peguam dan pengamal undang-undang. Forum ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkenaan pengurusan isu dan pertikaian dalam bidang sukan. Sesi pembentangan adalah :

(a) Pengenalan : Penyelesaian Pertikaian dalam Sukan oleh YBhg. Dato’ Low Beng Choo, Naib Presiden OCM.

(b) Pengurusan Isu dan Pertikaian di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Tuan Ahmad Shapawi Ismail, Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

(c) Timbang Tara dalam Sukan oleh Encik Faris Shehabi, Timbalan Ketua Bahagian Perundangan KLRCA.