18 Okt- Penekanan kepada pengurusan berdasarkan perlembagaan merupakan antara input dan intipati yang ditekankan oleh wakil Pejabat Pesuruhjaya Sukan dalam program Seminar Sukan Untuk Semua Tahun 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dianjurankan oleh JBSN KL pada 18 Oktober 2014.

Penekanan terhadap perlembagaan adalah antara perkara penting yang perlu difahami bagi memastikan setiap badan sukan dapat diurus tadbir secara lebih bermatlamat disamping melindungi hak para ahli.



Selain itu,perkongsian turut memberi pendedahan dan penerangan kepada peserta tentang kepentingan pertubuhan bukan kerajaan NGOs sukan yang melibatkan penerangan prosedur penubuhan persatuan dengan cara yang betul dan isu-isu yang berkaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan NGOs selari dengan objektif yang ingin dicapai.

Menurut Puan Juwairiah,Urusetia program,seminar ini diadakan bagi memastikan para belia memahami prosedur yg betul dalam menubuhkan persatuan bagi mengelakkan persatuan yg didaftar terkubur begitu sahaja.

Inisiatif ini merupakan antara program yang wajar diteruskan bagi memastikan maklumat sampai ke akar umbi dengan lebih tepat. Seminar berakhir dengan sesi penyampaian sijil oleh Pengarah JBSN KL, Encik Sa'don bin Suraji.