03 November 2014 – Pejabat ini telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan Siri 2/2014 bertempat di Mega View Hotel, Kuantan pada 31 Okt. – 02 Nov. 2014. Seramai tujuh puluh lima (75) orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil tiga puluh dua (32) buah badan sukan pelbagai peringkat dan sukan telah hadir menyertai kursus tersebut.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pemegang jawatan mengenai Akta Pembangunan Sukan 1997, peranan dan tanggungjawab pemegang jawatan dalam badan sukan, Memberi pengetahuan tentang tatacara pengurusan mesyuarat, peraturan dan perlembagaan badan sukan yang perlu dipatuhi dan tanggungjawab terhadap Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan memberi kesedaran dan pendedahan berkaitan kepentingan integiriti dan pencegahan rasuah di dalam pengurusan badan sukan.

YBrs. Tn. Hj. Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru, Timbalan Pesuruhjaya Sukan mewakili Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah sudi untuk menyampai sijil  penyertaan kepada para peserta dan sekaligus menutup kursus berkenaan.