Pada 16 Januari 2015, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah mengadakan Taklimat Pengurusan Badan Sukan yang melibatkan badan sukan snuker dan billiard kebangsaan dan negeri. Seramai 16 orang wakil persatuan yang telah menyertai taklimat yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan pengurusan badan sukan di samping memberi pendedahan berkaitan peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB).