Pada 17 Mac 2015, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah mengadakan Taklimat Program Penilaian Tadbir Urus (Star Rating) Badan Sukan yang melibatkan tiga puluh lima (35) buah badan sukan kebangsaan yang akan menyertai kejohanan Sukan SEA ke-28 di Singapura. Seramai dua (2) orang wakil daripada setiap badan sukan telah hadir ke taklimat yang bertujuan untuk menerang dan membincangkan berkenaan skop penilaian, kaedah dan jadual pelaksanaan Program Penilaian Tadbir Urus (Star Rating) Badan Sukan.  Taklimat ini juga dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan yang turut menyampaikan ucapan kepada wakil badan sukan yang hadir.