10 September - Pejabat Pesuruhjaya Sukan dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pengurusan Badan Sukan 2015 peringkat Zon Timur pada 8-10 September 2015 yang lalu, bertempat di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.
Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik dan memberi maklumat kepada Pegawai Belia Dan Sukan Daerah dan Negeri-negeri serta Pegawai Sukan di Majlis Sukan Negeri-negeri berkaitan Akta Pembangunan Sukan 1997 di dalam tatacara tadbir urus badan sukan yang betul serta peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Program ini telah dihadiri oleh 23 Pegawai dari Jabatan Belia Dan Sukan dan Majlis Sukan Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Majlis Perasmian Penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saleh bin Hj. Ghazali, Timbalan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.