Bagi mendokong dan sama-sama meraikan sambutan Hari Sukan Negara, Kelab Pejabat Pesuruhjaya Sukan (KPPS) akan menganjurkan KEJOHANAN BOLING PIALA PESURUHJAYA SUKAN seperti ketetapan berikut:-
Tarikh: 10 Oktober 2015 (SABTU) Masa: 10.00 pagi Tempat: MINES Wonder Bowl, The MINES Shoppings Fair, Seri Kembangan. Sehubungan dengan itu, Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr. /Tuan/ Puan atau wakil dari organisasi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengisi borang penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada urusetia sebelum atau pada 8 Oktober 2015 (Khamis). Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Puan Nur Diana Mohd Sani ditalian 03-89944600/016-9729423 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau juga Encik Mohd Amisyarizal Mat Sa'at ditalian 03-89944600/019-3661105 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kerjasama dan penyertaan pihak Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr. /Tuan/ Puan atau wakil dari organisasi dalam kejohanan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.