Beliau yang memimpin 14 lagi Ahli lembaga Pengarah (ALP) koperasi ini meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus warga kerja di Menara KBS itu menjadi ahli koperasi ini.
Katanya, beberapa aktiviti yang dirancang seperti pemasaran, katering, penganjur acara dan promosi sebagai permulaan perniagaan selain terus mencari aktiviti yang boleh memberi pulangan kepada ahli-ahlinya. Dengan yuran kemasukan sebanyak RM100 dan minimum syer RM200, seseorang ahli boleh membuat penambahan yuran mengikut kemampuan yang dibayar secara ansuran. Mesyuarat penubuhan koperasi KBS Berhad ini mendapat sokongan sebulat suara daripada hamper 100 warga kerja KBS dengan menerima tanpa pindaan Undang-undang kecil koperasi. Terdahulu, wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengadakan taklimat penubuhan koperasi pada majlis itu. Di antara yang terpilih sebagai ALP ialah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Azhari Mohamed, Setiausaha Bahagian Khidmat pengurusan KBS, Ahmad Hassunddin Afendi Ridzuan dan pegawai-pegawai dari Cawangan Ekonomi Jabatan Belia dan Sukan Negara.