PUTRAJAYA, 20 SEPTEMBER 2016 - Program Speaker Corner Pusat Sumber KBS kali ini telah menjemput YBhg Dato’ Zaiton Othman, Pesuruhjaya Sukan Kementerian Belia dan Sukan untuk menjayakan majlis ilmu pada kali ini dengan tajuk “Pengalaman Sebagai Atlet Negara Satu Perkongsian..”
yang telah berlangsung mulai jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 62 orang yang terdiri dari seluruh warga KBS termasuk agensi telah hadir untuk mengikuti program ini untuk mendengar sendiri detik bermulanya karier YBhg Dato’ Zaiton Othman dalam bidang sukan. Kehadiran sebahagian Setiausaha Bahagian dan Ketua Unit telah meriahkan lagi sambutan program pada kali ini. YBhg Dato’ Zaiton Othman telah mengakhiri sesi dengan senaman ketenangan yang telah menyentuh jiwa peserta yang hadir. Pusat Sumber KBS merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas sambutan menggalakkan yang diberikan dan kerjasama yang diperolehi daripada warga KBS dalam menjayakan program ini dan amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan atau cadangan penganjuran program perkongsian ilmu untuk masa hadapan daripada semua warga Team KBS.