Pada 9 Oktober 2016 yang lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah mengadakan Seminar Pengurusan Badan Sukan yang melibatkan semua badan sukan baru berdaftar Peringkat Negeri Melaka.
Seramai 36 orang wakil dari 14 badan sukan telah menyertai seminar yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan pengurusan badan sukan di samping memberi pendedahan berkaitan peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) serta peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.