Pada 8 Disember 2016 yang lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) telah mengadakan Program Sesi Pendengaran Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan 2016 dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia Dan Sukan yang melibatkan penyertaan seramai 186 dari Badan Sukan, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta syarikat yang terlibat dengan penganjuran acara sukan. 

Program sehari ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta berkaitan pindaan Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan(Penganjuran acara sukan) yang sedang dilaksanakan oleh pihak PPS selain mendapatkan maklum balas dari peserta berkaitan peraturan tersebut. Sesi pendengaran tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato Zaiton binti Othman dan penerangan sesi  telah disampaikan oleh  Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KBS, Encik Ahmad Huzairi bin Rawee.