Pada 19 Mac 2017 lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) menjadi urus setia bagi menyelaras Mesyuarat Agung Khas Persatuan Silambam Malaysia. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menerima pakai perlembagaan persatuan selain untuk menetapkan tarikh baru bagi mesyuarat agung pemilihan setelah pendaftaran persatuan digantung oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Nik Mahmud bin Nik Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Ad-Hoc Persatuan Silambam Malaysia dengan dihadiri oleh 16 badan gabungan Persatuan Silambam Negeri dari seluruh Malaysia. Turut hadir Encik Mohd Saleh bin Hj. Ghazali, Timbalan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.