Pada 20 dan 21 Oktober 2017 yang lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan (KPOBS) peringkat zon tengah yang melibatkan semua badan sukan baru berdaftar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Perak.

Seramai 57 orang peserta dari badan sukan baru berdaftar telah menyertai kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan pengurusan badan sukan di samping memberi pendedahan berkaitan peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan mesyuarat dan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) serta peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil peserta telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan, Encik Asmadi bin Mohamad mewakili Pesuruhjaya Sukan Malaysia.