Pada 21 dan 22 Oktober 2017 yang lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan (KPOBS) peringkat zon selatan yang melibatkan semua badan sukan baru berdaftar bagi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Seramai 50 orang peserta dari badan sukan baru berdaftar telah menyertai kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan pengurusan badan sukan di samping memberi pendedahan berkaitan peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan mesyuarat dan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) serta peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil peserta telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, En Fauzi bin Ariffin.