Pada 28 dan 29 Oktober 2017 yang lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan (KPOBS) Peringkat Zon Timur (Pahang) yang melibatkan semua badan sukan baru berdaftar bagi Negeri Pahang sahaja.

Seramai 45 orang peserta dari badan sukan baru berdaftar telah menyertai kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan pengurusan badan sukan di samping memberi pendedahan berkaitan peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan mesyuarat dan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) serta peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil peserta telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Timbalan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Kamarulzaman Hassan bin Mansor.