Pada 8 November 2017 lalu, Kelab Pejabat Pesuruhjaya Sukan (KPPS) telah menganjurkan Pertandingan Boling Tertutup Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim di kalangan kakitangan Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Seramai 24 pegawai dan kakitangan pejabat telah menyertai pertandingan ini. Program ini juga merupakan acara tahunan KPPS bersama pejabat dan turut disertai Pesuruhjaya Sukan, Dato’ Zaiton binti Othman.