Bukit Jalil, 22 Mac 2019- YBrs.Dr Waitchalla R.R.V Suppiah telah mengadakan lawatan turun padang ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada hari ini. Lawatan ini telah diiringi oleh Dato’ Zaiton binti Othman selaku Pesuruhjaya Sukan Malaysia bersama dengan En. Ahmad Faedzal bin Md Ramli Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara. Turut mengiringi adalah pegawai atasan Majlis Sukan Negara bersama kakitangan sempena Mesyuarat Pengurusan Tertinggi ( MPT ) di Majlis Sukan Negara. Delegasi dibawa melawat ke Kaunter Khidmat Pelanggan dan seluruh lokasi pejabat yang baru disamping beramah mesra dengan kakitangan pejabat ini. YB KSU juga dimaklumkan berkenaan peranan dan tanggungjawab pejabat sebagai badan yang menguruskan badan sukan di Malaysia.

 

Disediakan oleh:Admin PPS