Bukit Jalil, 26 Mac 2019- Penolong Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah dinaikkan pangkat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis sebagai Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang baru. Puan Hazieta binti Kamaluddin merupakan Penolong Pesuruhjaya Sukan Kanan daripada Cawangan Dasar dan Pembangunan yang menguruskan isu- isu badan sukan peringkat kebangsaan.

            Pihak PPS mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan di atas kenaikan pangkat tersebut dan berharap agar Puan Hazieta binti Kamaluddin dapat meneruskan kecemerlangan di dalam perkhidmatan awam.