Bukit Jalil, 30 Ogos 2019- Lebih 7,000 telah menjayakan program Malaysia #QuranHour 2019 yang buat julung kalinya diadakan di Masjid Putra. Turut serta Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia turut bersama- sama menjayakan kempen QuranHour sebagai satu sumbangan kecil dalam sama- sama mencapai objektif kempen ini.

Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas masuk tahun kelima penganjuran dengan tema 'Bangsa Berbudi dan Penyayang.' Pada tahun ini, Malaysia #QuranHour memilih surah al-Kahfi sebagai surah tema yang membawakan panduan menghadapi cabaran akhir zaman.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, program ini merupakan satu daripada pengisian dalam kehangatan sambutan Hari Kebangsaan ke-62, khususnya anak-anak muda supaya mereka memahami erti sebuah kemerdekaan dan keamanan disulami dengan keimanan.Tiada yang istimewa bagi kita umat Islam melain kita berpegang dengan al-Quran, membaca dan menghayati seterusnya mengamalkan isi kandungannya.Bertepatan sambutan merdeka diikuti Maal Hijrah, maka hendaklah kita menyematkan keazaman tinggi untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik dalam apa juga aspek.Ini kali pertama program berkenaan dianjurkan pada hari Jumaat bagi membolehkan lebih ramai menyertainya.

Antara intipati program ini ialah bermula sebelum solat Jumaat dan diakhiri dengan solat Jumaat. Program ini turut menampilkan qari-qari yang pernah menjadi johan tilawah peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mentadabur surah al-Kahfi (10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir).

Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan Malaysia, En Asmadi bin Mohamad serta Warga PPS menyokong penuh kempen ini.Surah al-Kahfi mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai merdeka dari sudut keimanan, merdeka daripada sifat menghambakan diri kepada harta, merdeka daripada kejahilan kepada keimanan kepada Allah dan merdeka daripada menjadi seorang hamba kekuasaan kepada seorang yang bersifat amanah.

 

Disediakan oleh: Nul Widaya Mohamed Nawi