Putatan,30 Ogos 2019- Dua siswazah Jurusan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Sains Sosial (Komunikasi), Universiti Malaysia Sabah iaitu Cik Elesa Jewins dan Cik Siti Jubaidah Apal telah berjaya menamatkan Latihan Industi di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah pada hari ini. Puan Sempini Langiton, Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah menyampaikan Sijil Penghargaan dan cenderahati sebagai penghargaan kepada mereka.

Latihan industri ini telah bermula sejak Jun lalu dan bertujuan untuk memperkasakan pelajar dengan kompentensi yang diperlukan  dan sebagai peluang kepada pelajar untuk melihat secara dekat perjalanan kerja berkaitan bidang mereka. Selama latihan di pejabat ini, mereka telah didedahkan dengan berbagai ilmu dan kemahiran komunikasi  melalui tugasan harian dan penglibatan dalam Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan yang sememangnya bersesuaian dengan jurusan mereka.

Turut hadir Pn Siti Zahreen, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan, selaku pegawai penyelia Latihan Industri. Semoga ilmu dan kemahiran yang diberikan dapat membantu kedua-duanya mendapatkan kerjaya yang diimpikan. Selamat maju jaya.

DISEDIAKAN OLEH: SITI ZAHREEN MOHD ROSLI