Bukit Jalil, 26 Ogos – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia menyambut baik lawatan ilmiah daripada National Taiwan University pada pagi ini. Seramai 28 orang daripada universiti tersebut yang terdiri daripada professor dan kakitangan yang diketuai oleh Profesor Lee yang merupakan Director of Department of Athletics. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Puan Naziah binti Dollah yang merupakan Penolong Pesuruhjaya Sukan dan seterusnya ahli lawatan di bawa melawat ke ruang pejabat PPS. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang- kenangan.

Disediakan oleh: Nul Widaya Mohamed Nawi