Disediakan oleh: Nul Widaya binti Mohamed Nawi

 

PUTRAJAYA,19 September 2019-Majlis Kemuncak Sambutan Hari Kemerdekaan ke -62 dan Hari Malaysia anjuran PUSPANITA Kebangsaan telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri di Presint 10 Putrajaya.Dua orang( 2 ) orang wakil daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang dihadiri oleh Puan Nul Widaya binti Mohamed Nawi dan juga Puan Nurdiana binti Abdul Sani mewakili Biro Alam Bina Lestari PUSPANITA KBS.Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.Inisiatif ini sejajar dengan tema kemerdekaan iaitu "Sayangi Malaysiaku-Malaysia Bersih" yang mampu memupuk semangat cintakan negara dan patriotisme di kalangan ahli-ahli PUSPANITA dan masyarakat agar menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini.Seiring dengan arus pemodenan teknologi masa kini,PUSPANITA juga mengambil pendekatan menganjurkan pertandingan menggunakan aplikasi media sosial yang kini trending.Majlis ini dirasmikan okeh YBhg.Datin Seri Jamaliah binti Othman yang merupakan Yang Dipertua PUSPANITA.