KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2019- Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah melaksanakan Program Jom Pantau Badan Sukan 3.0 bertempat di Hotel Unicorn (Hotel Nouvelle) Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk memantau permasalahan tadbir urus Badan Sukan dan memberi khidmat nasihat kepada Badan Sukan.

Program ini juga merupakan satu platform dalam meningkatkan hubungan kerjasama yang erat antara Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan dengan Badan Sukan. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Asmori bin Hj. Shaari turut hadir dan menyampaikan  amanat kepada Badan Sukan bagi memeriahkan program pada hari ini.

Semoga program ini dapat mmberi input yang lebih baik terhadap badan sukan dalam meningkatkan urusan pentadbiran badan sukan dengan lebih sistematik.