Disediakan oleh : Nul Widaya Mohamed Nawi

 

19 September,PUTRAJAYA-Ujian Penerimaan Pengguna bagi Sistem Pengurusan Badan Sukan(eROSA) sedang dilaksanakan selama dua(2) hari bermula semalam. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di bawah Cawangan Naziran dan Pematuhan Organisasi bagi memastikan kelancaran penggunaan sistem oleh pegawai proses khususnya serta  penghantaran dokumen MYKB secara online oleh badan sukan.Bengkel ini diketuai oleh Cik Mohsinar binti Abdul Malek yang merupakan Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan beliau berharap agar penghantaran secara dalam talian ini akan lebih memudahkan badan sukan dalam menguruskan dokumen secara lebih pantas dan sistematik.