Program ini bertemakan "Sehari Bersama Rakyat,Menyediakan 1001 Perkhidmatan" dan akan diadakan pada 5 October 2019 bertempat di kesemua Kementerian/Agensi Kerajaan(termasuklah sektor swasta) yang berada dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kami Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia juga akan turut serta di dalam menjayakan program ini dengan memberikan khidmat nasihat kepada penggiat sukan dan badan sukan.Kami juga menyediakan beberapa perkhidmatan bagi badan sukan khususnya.Antaranya ialah permohonan pendaftaran badan sukan melalui Sistem eROSA,semakan status badan sukan dan juga badan sukan juga boleh menghantar terus MYKB pada hari tersebut di Lobi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Semoga program ini dapat memberi impak yang besar di dalam mencapai objektif POD di dalam memberi khidmat secara terus kepada semua yang memerlukan perkhidmatan kami.

Jumpa kami di sana!