INFO/HEBAHAN

PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (PCKBS) telah diberi tanggugjawab untuk membantu NADMA MALAYSIA, Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan Projek Clothing Bank For Disaster Relief (CB4DR). Tujuan projek ini adalah untuk memupuk budaya pengurusan risiko bencana di semua peringkat pentadbiran dan masyarakat.

Biro Alam Bina Lestari (PCKBS) yang diterajui oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) turut sama terlibat secara langsung dan diberi tugas bagi membantu mengumpul pakaian yang diperlukan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam.

Oleh itu, PCKBS ingin menjemput tuan/puan untuk bersama-sama menjayakan program ini dengan memberi sumbangan seperti :
1)Seluar Panjang / Track
- Pakaian yang sesuai untuk kegunaan harian
(ringan, sederhana, tidak keterlaluan).
- Pakaian baru atau yang masih dalam keadaan
baik (tidak koyak atau lusuh).
- Pakaian tidak mempunyai sebarang ilustrasi
atau teks yang boleh menyentuh sensitiviti politik, agama, bangsa atau berunsur lucah.
- Pakaian yang bersifat unisex adalah digalakkan.
- Pakaian telah dicuci, digosok dan dilipat rapi.

2)T-Shirt Lengan Panjang / Pendek
3)Skirt panjang
4)Pakaian bayi / kanak-kanak
5)Tudung Sarung
6)Telekung

Bagi melancarkan pengumpulan pakaian ini tuan/puan boleh memberi sumbangan tersebut ke pusat pengumpulan pakaian yang akan dibuka mulai 7 Oktober 2019 sehingga 14 Oktober 2019. Sila berhubung dengan Puan Nurdiana (PPS) – 016-9729423 dan Puan Fitri Ani (PSM) – 019-3576879 untuk maklumat lanjut mengenai pusat pengumpulan mengikut Jabatan/Agensi masing-masing.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada semua

Sekian, terima kasih.