Program Jom Pantau Badan Sukan 3.0 Peringkat Zon Timur

Tarikh          : 19 Oktober 2019 (Sabtu)

Masa           : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat        : Hotel Grand Continental Kuala Terengganu

                      Jalan Sultan Zainal Abidin

                      Daerah 8, 20000 Kuala Terengganu

                      Terengganu

 

Untuk makluman tuan/puan Program Jom Pantau Badan Sukan ini merupakan platform bagi memantau permasalahan urus tadbir Badan Sukan serta meningkatkan pemahaman Badan Sukan kepada pematuhan Pekeliling Pesuruhjaya Sukan dan Akta Pembangunan Sukan (APS A1570) pindaan 2018. Justeru, dua (2) orang wakil setiap Badan Sukan iaitu Presiden dan Setiausaha adalah dijemput hadir.

 

Tempat Terhad!!! Percuma!!! Tiada bayaran dikenakan…

 

Bagi memastikan kelancaran urusan penyelarasan program, tuan/puan dikehendaki mengesahkan kehadiran sebelum 15 Oktober 2019.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan bolehlah menghubungi Puan Logasundariy A/P Nagarajoo di talian 03-8999 7972, E-emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  atau Puan Siti Nor Akmal binti Mat Taib di talian 03-8999 7973, E-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .