SIBU,25 Oktober 2019-Mesyuarat Pengurusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Hotel Paramount,Sibu,Sarawak.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr. Wirdati binti Mohd Radzi Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan  merupakan mesyuarat pengurusan yang pertama kali diadakan bersama Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah dan Sarawak.

 

Objektif mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan pentadbiran di pejabat pesuruhjaya sukan termasuk Rantau Sabah dan Sarawak.

 

Semoga mesyuarat ini dapat memberi impak yang positif terhadap urus tadbir dan pembangunan sukan negara.