Bilik Mesyuarat Kementerian Belia dan Sukan Sabah, 20 Januari 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kejohanan Le Tour De Langkawi (LTDL) Tahun 2020 Peringkat Negeri Sabah telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaannya di Negeri Sabah. Konsep acara 'Sports Tourism' ini amat berkesan untuk mempromosikan Malaysia dari segi pelancongan, pelaburan dan perdagangan antarabangsa kerana LTdL bersiaran dibeberapa siaran TV di luar negara. Ianya akan diadakan di Negeri Sabah iaitu di Kota Kinabalu, di dalam acara sampingan perlumbaan pada 6 Februari 2020 dengan penglibatan 22 pasukan termasuk 6 pasukan World Tour Pro Team, 15 pasukan Pro Kontinental dan Asia Tour Kontinental serta 1 pasukan kebangsaan. Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah merupakan salah satu agensi yang dijemput dalam mesyuarat ini.
disediakan oleh :rosnani oyoh