Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah, 22 januari 2020 - Mesyuarat Penyelarasan Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan mengikut Zon Sabah telah diadakan hari ini. Program ini akan diadakan pada 5 februari 2020 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Putatan. Pejabat Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah sebagai salah satu pemegang taruh turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut .
Kepada wanita yang berminat dan bergiat aktif dalam sukan adalah dialu-alukan menyertai program ini.

Gambar:Unit Grafik JBSN(P) Sabah