IPOH,21 Januari 2020-Mesyuarat Khas Status Terkini Persatuan Skuasy Negeri Perak telah diadakan di Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Mesyuarat ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak yang telah dipengerusikan oleh YB Encik Howard Lee Chuan How selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak yang turut dihadiri oleh Dr. Wirdati binti Mohd Radzi Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan juga Presiden Persatuan Skuasy Malaysia, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Skuasy Perak(Baru) .

Ini juga adalah lawatan kali pertama Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada tahun ini bagi melihat isu-isu berkaitan badan sukan.