Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menjalankan soal selidik untuk mengenal pasti perkara-perkara yang berbangkit daripada kesan penularan wabak COVID-19 dan mempunyai impak terhadap perniagaan, firma termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta rakyat secara keseluruhan. Tujuan sesi libat urus ini adalah untuk mengenal pasti isu-isu di peringkat akar umbi seterusnya mencadangkan peruntukan yang dirasakan wajar dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Impak Penularan COVID-19 kepada ekonomi, sosial, rakyat dan industri. Penggubalan RUU ini adalah komitmen kerajaan untuk meminimumkan impak penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan langsung kepada ekonomi dan sosial kepada rakyat serta industri.

Justeru itu Tuan/Puan dijemput untuk menjawab soal selidik yang disediakan di pautan dibawah. Kerjasama pihak Tuan/Puan untuk melengkapkan maklum balas soalan-soalan tersebut selewat-lewatnya 5 Jun 2020 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengahari.

Di atas kerjasama Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sila klik pautan berikut:

Kluster Sukan– https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfeHoi8mkmC6v0uKizQAlh_U_VY9ejC9RUa2WjQ7k9slPH0QA/viewform