Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) bersama inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan bahawa program libat urus bersama badan sukan (Kebangsaan) merupakan satu program teras dan perlu bagi meneliti dan memahami Seksyen 23 dan 24A, Akta Pembangunan Sukan 1997. Program ini akan membincangkan perkara khusus berkenaan Kaedah Penyelesaian Dalaman dan Jawatankuasa Pertikaian Sukan Badan Sukan (SDC)

 

Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa Program Libat Urus Bersama Badan Sukan Peringkat Kebangsaan: Seksyen 23 Dan Seksyen 24A, Akta Pembangunan Sukan Anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia 2020 Siri 1 & 2 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

                       

                   Tarikh            :           9 & 10 SEPTEMBER 2020 (RABU & KHAMIS)

                   Masa              :           08.00 pagi – 04.00 petang

                    Tempat         :           Panggung Percubaan, Universiti Putra  Malaysia (UPM), Serdang, Selangor