Disediakan oleh : Nul Widaya Mohamed Nawi
19 September,PUTRAJAYA-Ujian Penerimaan Pengguna bagi Sistem Pengurusan Badan Sukan(eROSA) sedang dilaksanakan selama dua(2) hari bermula semalam. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di bawah Cawangan Naziran dan Pematuhan Organisasi bagi memastikan kelancaran penggunaan sistem oleh pegawai proses khususnya serta penghantaran dokumen MYKB secara online oleh badan sukan.Bengkel ini diketuai oleh Cik Mohsinar binti Abdul Malek yang merupakan Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan beliau berharap agar penghantaran secara dalam talian ini akan lebih memudahkan badan sukan dalam menguruskan dokumen secara lebih pantas dan sistematik.
KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2019- Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah melaksanakan Program Jom Pantau Badan Sukan 3.0 bertempat di Hotel Unicorn (Hotel Nouvelle) Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk memantau permasalahan tadbir urus Badan Sukan dan memberi khidmat nasihat kepada Badan Sukan.
Program ini juga merupakan satu platform dalam meningkatkan hubungan kerjasama yang erat antara Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan dengan Badan Sukan. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Asmori bin Hj. Shaari turut hadir dan menyampaikan amanat kepada Badan Sukan bagi memeriahkan program pada hari ini.
Semoga program ini dapat mmberi input yang lebih baik terhadap badan sukan dalam meningkatkan urusan pentadbiran badan sukan dengan lebih sistematik.