DISEDIAKAN OLEH: SITI ZAHREEN MOHD ROSLI
Putatan,13 SEPT 2019- Mesyuarat Penyelarasan Badan Sukan Bil 2/2019 bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah telah diadakan baru-baru ini. Puan Sempini Langiton, Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah telah mempengerusikan mesyuarat ini.
Objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk membuat penyelarasan bersama pemegang taruh berkaitan badan sukan di Negeri Sabah yang meliputi pendaftaran , prestasi Maklumat Kena Diberi dan isu-isu semasa badan sukan.Dengan adanya usaha penyelarasan seumpama ini maka apa jua tindakan dapat diselaraskan sesama agensi berdasarkan peraturan sedia ke arah pengurusan badan sukan yang berkualiti.
Turut hadir En. Mohd Asneh Mohd Noor , Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Puan Norhayati Tasif, Wakil Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, En. Ali Bin Saari,Pn Siti Zahreen, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan.
Kemerdekaan akan dijunjungi dengan tanggungjawab. Kita sebagai sebuah keluarga MALAYSIA mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam mendukung negara kebanggaan kita terus maju dan berkembang. Selamat Hari Malaysia 2019 kepada semua dari kami Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS)
Kota Kinabalu,6 September 2019 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah telah mengadakan satu mesyuarat pengurusan bil 3/2019 bersama kakitangan yang dipengerusikan oleh Puan Sempini Binti Langiton. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan urus tadbir pejabat dan persediaan melaksanakan kursus pengurusan organisasi badan sukan peringkat daerah yang akan diadakan di Daerah Kudat dan Daerah Ranau pada bulan September ini.
Disediakan Oleh : Puan Dianita Paulus
Tawaran Tender/Sebut Harga
-Tiada tawaran tender/sebut harga pada masa ini.
Tawaran Jawatan Kosong
-Tiada tawaran jawatan kosong pada masa ini.